PNB Port Dickson Antara Hotel Terbaik

image

PNB Port Dickson Antara Hotel Terbaik  | PNB Ilham Resort yang terletak di Port Dickson menjadi antara hotel terbaik untuk didiami. Kesemua 392 bilik di hotel ini dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk memastikan kepuasan setiap tetamu. Bilik hotel dilengkapi dengan ruang mandi dan tab berasingan, pendingin hawa, tempat simpanan dalam bilik.

TEA_0128

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk tetamu di PNB Ilham Resort ini termasuk lif, kedai, kemudahan bilik mesyuarat. Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati kemudahan sukan dan aktiviti lasak pada waktu lapang yang terdapat di hotel seperti sauna, kolam renang luar, jakuzi. Kemudahan bertaraf seperti 5 bintang ini dilengkapi dengan perkhidmatan yang hebat untuk memenuhi keperluan para pelancong dalam dan luar negara.

TEA_0093

TEA_0110

PNB Ilham Resort juga merupakan antara Resort yang mematuhi syariah Islam serta memiliki sijil diperakui oleh SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Selain itu, PNB Ilham Resort juga mempunyai Team building Zone (Rope Course/Abseiling/Paint ball/Water Confident etc) Jom tengok gambar gambar rakan rakan media yang mencuba aktiviti ini.

TEA_9871

TEA_9938

TEA_9949

TEA_9957

TEA_9990

Rasai pengalaman berada di PNB Ilham, bermacam macam aktiviti yang boleh dirasai sendiri dengan harga yang berpatutan. Anda boleh terus berhubung dengan pihak hotel di SINI

Pameran Patung Doraemon Di Malaysia

TEA_9555

Pameran Patung Doraemon Di Malaysia | Siapa yang tidak mengenali watak seekor kucing robot berwarna biru yang berkawan dengan seorang budak lelaki bernama Nobita dalam komik manga hasil nukilan Fujiko Fujio, Doraemon.

Pengembaraan antara Doraemon, yang datang dari masa hadapan melalui sebuah mesin cahaya masa, bersama Nobita dan rakan-rakannya, ternyata menambat hati pembaca tanpa mengira batasan usia.

Sempena meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke-22, Animation International (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang lesen utama Doraemon di Malaysia, mengadakan ekspo berkenaan karakter kegemaran ramai itu di Dewan Ekspo Viva Home, Kuala Lumpur.

TEA_9546 TEA_9557

Asalnya Doraemon bewarna kuning tetapi selepas kehilangan telinganya, Doraemon jatuh sakit dan bertukar menjadi biru, mesti ramai antara kita yang ingat bahawa warna asal Doraemon ialah biru, sebenarnya warna Kuning.

Ini antara barangan yang digunakan oleh Doraemon :

TEA_9565 TEA_9566 TEA_9567 TEA_9570 TEA_9574TEA_9599 TEA_9600 TEA_9602

TEA_9639

Semoga pihak penganjur mengadakan pameran sebegini di Malaysia. Mungkin selepas ni Naruto pula?