Pameran Patung Doraemon Di Malaysia

TEA_9555

Pameran Patung Doraemon Di Malaysia | Siapa yang tidak mengenali watak seekor kucing robot berwarna biru yang berkawan dengan seorang budak lelaki bernama Nobita dalam komik manga hasil nukilan Fujiko Fujio, Doraemon.

Pengembaraan antara Doraemon, yang datang dari masa hadapan melalui sebuah mesin cahaya masa, bersama Nobita dan rakan-rakannya, ternyata menambat hati pembaca tanpa mengira batasan usia.

Sempena meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke-22, Animation International (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang lesen utama Doraemon di Malaysia, mengadakan ekspo berkenaan karakter kegemaran ramai itu di Dewan Ekspo Viva Home, Kuala Lumpur.

TEA_9546 TEA_9557

Asalnya Doraemon bewarna kuning tetapi selepas kehilangan telinganya, Doraemon jatuh sakit dan bertukar menjadi biru, mesti ramai antara kita yang ingat bahawa warna asal Doraemon ialah biru, sebenarnya warna Kuning.

Ini antara barangan yang digunakan oleh Doraemon :

TEA_9565 TEA_9566 TEA_9567 TEA_9570 TEA_9574TEA_9599 TEA_9600 TEA_9602

TEA_9639

Semoga pihak penganjur mengadakan pameran sebegini di Malaysia. Mungkin selepas ni Naruto pula?